Monday, November 1, 2010

Kahwn Awal

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.
-taken from Sadat Tahfiz on Saturday, October 30, 2010 at 11:37pm-

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Zaman dulu, remaja berkahwin diusia awal. Mengapa? aku rasa mmg fitrah remaja inginkan perkahwinan sekitar umur 23-29thn.kebanyaan mereka yg melepasi usia itu, telah hilang perasaan untuk berkahwin. Sebenarnya, kita terikat dgn tuntutan adat. tetapi lupa dengan tuntutan agama. Islama itu mudah & indah. Tidak pernah menyusahkan umatnya, malah ia adalah agam yg sempurna untuk menyempurnakan umatnya.
Agama menuntut kita untuk:

1. Mencari jodoh yg molek agamanya, hartanya, indah paras rupanya & baik keturunannya.

2. Bernikahlah apabila telah sampai waktunya untuk mengelakkaan maksiat.
3. Sebaik- baik perempuan adalah yg sederhana hantarannya.

Tetapi, apakah yg berlaku dizaman ini???
1. "belajar dulu, tak dak diploma tak bulih kahwin." tapi apa yg si anak buat dibelakang ibibapa?hurmmm.
2. "kalau hang nk kahwin ngan anak aku, hantaran RM22, 222.22". hakikatnya, kita terpengaruh dengan budaya artist.
3. " dik, kalau nk kahwin, carik doktor tau..tak pon engineer.. baru terjamin hidup." tapi, kita lupa. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia x siapa yg tahu. Apa yg penting keserasian & tanggungjawab.

Kadang2 terlampau ghairah unutk mengikut arus modenisasi, kita lupa yang tindakan kita itulah punca gejala2 sosial. Punca banyak remaja ditangkap khalwat. punca remaja lari dari rumah. Lebih teruk lagi apabila ia menjadi punca kepada masalah pembuangan bayi.. Nauzubillah... jangan lah hendaknya, kita terpalit akan dosa itu..

Yang si anak pun satu, bila nak minta kahwin awal tu, gunakanlah cara yg terbaik. berdiplomasilah dgn ibubapa sebaik-baiknya. Lagi pun, setiap ibubapa itu tahu siapa anaknya. kemampuan anaknya. keikhlasan anaknya. kerana anda adalah anak mereka. Berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.

-sekadar renungan bersama-

~Otey Daa Daa~

Friday, July 30, 2010

terima? tolak? terima? tolak?

Computer This is my seventh semester of study, means next semester am gonna have practical. Hurmm everyone dah dapat tempat practical.. Senang je diorg dapat.. tp npe lah susah sgt aku nk dapat tpt tempat niih??i

Yer.. maybe because my result are'nt really oriented kut.. hurmm menjajau I mencari tempat.. nk mintak guna kabel..kabel telepon je ader..huh.. yg I mintak kebanyakannya tak reply lagi and ader pulak yg kener pegi interview.. adoih.. ape boleh buat.. dah bahagian I mcm nih.. redho je lah.. pegi je. untung2 ade rezki kan... hurmm

30th of July arituh(dalam kelas en. ashraf) I got a fon call from Smart Consulting company..My application pertaining Industrial Company tuh dah lulus..
Yes! Alhamdulilah.. finally, I got it..! but actually, dalam 3 interview yg aku pg tuh, company inilah yg I x budget dpt langsung.. sbb interview die adalah yg paling susah..
57 application
37 shortlisted
7 under consideration
2 vacancies..
wif my result yg x oriented nih.. mmg xsangka,,thus, masa interview session arituh die soh wat mcm2.. presentation lah.. Boring Lecture itu lah.. inilah..sampaikan I rase mcm nk kuar je dari bilik interview tuh.. huh... realy really tough.. Running

macam mne kje tuh nnt ek? interviewer kata kje tuh byk travelling (company nih pon ade buat event management.so,depends on ket mne event dier lah kut)..nnt ade kne kejer lebih masa.. ayoyo! kne byk deal dgn client (maybe because its a consultant company kowt)..ok ok.. I'll try my best..
but frankly, takut sgt.. sampai rase mcm bebelah bagi.. nk pg ke tak..takowt kalau2 xdpt nk settle kan task given appropriately..yg memberatkan aku utk lepaskan peluang ini ialah:
  • that company consult over 75% of public listed company
  • travelling is my interest
  • kne kje kat branch die yg stated at jalan ampang,kl(jimat kos mkn,transport,accomodation)
  • allowance yg boleh tahan- rm500 to rm1500 (nih berdasarkan the interviewer words) Money
On the other side, ader beberapa factor yg menyebabkan I susah nk terima:
  • Kne kejer lebih masa Paper Work
  • kne deal dgn client (huh.. takowt.. I xberapa pandai speaking,communicate ngan corporate person)
  • nnt mesti susah nk dapat cuti
  • for first 2 month die akan letakkan I kat marketing and sales.. hish! benci lah kne buat sales nih... adoih...
hurmm.. wut should I do? terima?tolak? terima? tolak?
at the eleventh hour,
i got some other places
  1. Perbendaharaan Malaysia - bahagian pinjaman perumahan (putrajaya presint2)
  2. Kementerian Kewangan Malaysia - Bahagian Ekonomi & antarabangsa(putrajaya presint2)
  3. KWSP (Danau Kota,KL)
  4. Kuala Lumpur Airport service - property management (Sepang-RM400)
  5. Pusat Zakat Wilayah Persekutuan KL( Dataran shamelin- RM350)
hurmmm.. tunggu wat solat istikharah..
semoga aku dapat yg terbaik..
amin insyaallah..

~otey daa daa~

Tuesday, July 20, 2010

Larr.. dah final year rupanya..

School Uniform Tadi I went to tutorial class..
subject operation management.. Lecturer yg mengajar tuh rupanya our former super senior..
she makes us realised that we oulz dah final year student..
suddenly i remember the moment i came here..
never wanted to be here.. No
hate this campus life damn much.. not because about its name.. but its actually because i dream of other lifestyle..
yer lar.. since schooling lg i dah berada di sekolah agama.. i need new environment..
bukan niat i nk menjauhi agama i..
but i nk belajar hidup together wif others yg came from every nook and cranny.. nk tau their thought..nk tau their custody and etc..also want to know their thought about islam..but most important is i want to learn and gain their knoweledg and exprience..

But that is what we call dream..
perhaps, i dah accept that am belongs to be here.. 2010 Grad Thumbs Up
my lecturer makes me feel like going to spent my beautiful life here..
just enjoy it..

Yang kelakar tuh.. td der ice breaking..(actually i dah berpuluh kali braek the ice.. hehhe) then dier tanya..pasal ambition..

whuh! whats is actually my ambition? should i tell her that i wanted to be a lawyer before? sedangkan I'm studying business? OMG! Faint Accurately, i dont have any ambition rite now.. but i do have dreams..huuu~ tetiba terfikir macam nk cakap, kalau nk tau my dreams, sila layari bracesgirl2010@blogspot.com hahhahhaha...

HURMMM.. makin dewasa seseorang itu, makin tidak pasti ia tentang cita- citanya kan?

Otey daa daa~





Sunday, June 27, 2010

SUdDeNLy ThAt jInNy wAnTeD tO gIvE Me 3 WiShEs.....

manusia hidup selalunya ada impian.. no! no! no! MESTI ada impian Fairy .. hurm.. terpikir juga I.. apa impian Idalam hidup ini..

entahlah.. Frankly speaking, I bukan jenis yang nak perfect life.. kalau boleh nak yang simple living but high thinking as I told you in my post before.. 3 hari kebelakangan nih, I really kusut (biasalah, hidup x menarik kalau x der masalah kan?).. dalam termenung mengenangkan nasib diri, tetiba I terfikir..

Selain untuk menjadi insan yang berjaya di dunia & akhirat (impian setiap muslim). apakah impian yg I personally nak? hurmmm?? kalau I diberi 3 wishes..what will I do. :) First, I will wish to be given one extra wish.. hahhaha then, I akan minta utk :-

  1. kehidupan yang stabil (dari segi kewangan, kerjaya n bla bla bla..) supaya I mampu membahagiakan my parents.. Husband And Wife kalau boleh, I xnk diorang rasa susah dihari tua mereka.. I wish I dapat bg diorang apa yg diorang x dapat buat semata2 untuk membesarkan my siblings and I. I yakin hidup I akan lebih bermakna nanti.." Mama.. abah.. kalau ader rezki nanti, Insyaallah akak nak hantar mama and abah pegi haji..bercuti luar negara kayh.."
  2. Next, I nak jadi isteri cerdik & solehah.. Wife Over Shoulder penyejuk mata, penawar dihati suami.. wanita berkerjaya yang mampu menguruskan rumahtangga dengan baik.. menjaga kebajikan suami dan mendidik n membesarkan anak- anak dengan sempurna.. Amiin Insyaallah..
  3. mmm nk apa ye? heheh nak ada business sendiri.. Accountant tak kiralah apa-apa bisnes pun..tapi, kalau ada rezki, I nak buka petrol station or at least, nak buka franchise.. McD ke KFC.. x kesah.. dan kalau bisnes baik and ada duit lebih, I wish I could have satu orphanage..tak besar pun tak pe..asalkan maintain..
  4. Nak Sambung Master kat UPM or Overseas.. Teacher This is my final steps dalam Industri pendidikan..I never dream of PHd.. cukup sekadar master.. however i never think of the courses yet.. let it be when it comes to ...JUst fly without wing.. hahaha

Hehehheh berangan memang seronok.. sebab free.. tapi, macam mana nk merealisasikan nya? hurmm kalau macam tuh, I have to study smartly and kumpul duit banyak2.. lebihkan amalan..dekat dengan Allah.. hurmm harap2 I mampu membuat my 3 wishes to come tru..

~Otey daa daa~





Thursday, June 24, 2010

Student Life..Simple LIving High Thinking..

Semua org ada cerita sekolah masing2.. same goes to me.

Time sekolah rendah dulu, pagi kene pergi sekolah kebangsaan kat wangsa maju seksyen 2.. balik pkul 1 sampai umah Cik zila yg amik (dah arwah dah cik zila.. alfatihah tuk allahyarhamah.. byk pahala die antar amik saya sekolah dulu..) then kne pegi sekolah agama pkul 2 sampai pkul 5.. then malam kne pegi tusyen or mengaji (gilir2) penat... hah? mesti korang tertanya2 bila nak wat kerja rumah kan? huhuhu itu sendiri mau ingat.. lu pikir lah sendiri..hehhe

masuk sekolah menengah (S.M.K.A..) semuanya melayu.. and of course islam.. hahahha hurmmm memang bosan biler semua nya 1 je... 1 bangsa..1 agama.. 1 colour.. 1 feel.. and 1 thought.. tapi, trust me.. once you step out from that school.. you'll feel like u r the most lucky.. alhamdulillah.. lepas keluar dari sekolah tuh aku berjaya hafal beberapa surah dlm alquran..gaining ilmu agama mmg seronok.. syukur.. walaupun x banyak.. tapi cukup sekadar utk dipegang sbg panduan untuk meneruskan kehidupan didunia yg penuh pancaroba ini..(cewah! jiwang lah pulak) hehheh

then, belajar kat KMJ( Kolej Matrikulasi Johor).. its a short period of study.. A year trip in KMJ thought me a lot about, life..study.. money.. family and the most important thing is i gained alot about friendship.. teringat kat my besti dlu .. kitorang siap ader name group lagi.. "Geng Jebon" hahahha I'm the one who gave that name..saje.. supaya akan ader benda yg diorg xkan lupa.. huhuhu
My beloved bestie... AIN, POPOT,SUHEE,JUE, ECAH... here are some thought for all of u..
As we go on
We remember
All the times we had together
As our lives change
Come wuteva
We will still be
Friends Foreva...
A year later, I start my life in some kinds of islamic university.and here i am... its really difference.. far away different..their thought..their lives..their words.. hurmmm...
biarlah.. later we talk about this kayh..

~otey daa daa~

little bit about myself

First of all.. am a girl..daddy's little girl Girl With Gum and mummy's charming girl hehehehe
hurmmm.. ape lagi nk cakap ek? ok2.. lets begin...

am always being against others, but i dont think its wrong to add some specials to the environment..maybe its look like freeking.. but.. think of the bright side.. mesti rase best bile ader benda yg di highlight kan..???hehhehe
HAH! but am ot that type of wearing baju pink, seluar hijau, kasut putih and tudung belang2 purple + red kayh... Hula Girl hahha touch wood!

damn crazy on travelling, movies, and adventerous.. hahahha pendek kata suka berjalan.. itu pendek yg kata.. panjang x kata apa2 ye.. hehheeheh.. xder lah.. cuma nak enjoy my beautiful life (ye ke?..)

Am a very simple person.. kalau bersiap selalunye girlz will take around one to one and a half hours.. but.. i just need 20 minutes (termasuk mandi + siap2 +make up) hehhehehhe senang je..
tapi menjadi kepantangan aku untuk menunggu org len.. so, better uolz siap dlu befor me kayh.. hahahha (penantian satu penyeksaan- itu kata my schoolmate..heheh)

hurmm ape lg ek? kalau nk tau lebih lanjut.. lets check it out kat next post kayh!
~otey daa daa~